Thursday 26 September 2019

Preview : THE WIND BLOWS korean drama ( SPOILER )

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


Drama ni cerita pasal kesedaran penyakit ALZHEIMER. before ni ainaa pun tak tau detail pasal alzheimer. ingat macam simple pelupa. rupanya tak okay. sangat serius sampai macam tak waras bila lupa semua. paling teruk kesan kat family yang ada ahli keluarga sakit alzhimer. elok sangat yang buat drama ni buat orang taw pasal penyakit ni. 

THE WIND BLOWS cerita sepasang husband ( KWON DO HOON ) and wife ( LEE SU JIN ). masa bercinta dorang memang berangan dah nak ada anak lepas tu nak ada rumah yang ada laman untuk besarkan anak. bila dah lama khawin SU JIN nak anak tapi DO DOON taknak dengan alasan kena guna duit banyak. lepas tu kerja pun jadi tergendala, macam macam lagi laa alasan dia. masa ni rasa benci sangat ngan laki dia ni. pesal pulak tak nak anak. alasan pulak tak munasabah sebab laki bini ni banyak duit dengan kerja stable.

macam macam bini dia ugut untuk dapat kan anak. last sekali ugut nak mintak cerai. tapi laki dia taknak lepaskan. satu hari SU JIN dating dengan lelaki lain and bagitahu laki dia. marah la DO HOON. DO HOON ikut sampai SU JIN masuk lift apartment lelaki tu. sebenar nya apartment tu tempat kawan baik SU JIN duduk. lelaki tu hantar sampai depan pintu rumah tu. DO HOON terus jadi blank. jalan tengah jalan raya, nasib tak kena langgar je. 

lepas tu la baru cerita ni tunjuk kenapa DO HOON tak nak anak. YA Allah. start taw ni ainaa cry hard. sedih sangat bila taw rupa nya DO HOON ada ALZHEIMER. sebenar nya dia nak sangat anak. tapi dia takut bini dia susah nak besar kan anak dengan dia akan lupa kan semua sebab ALZHEIMER. dia sorokkan dari SU JIN. SU JIN mintak cerai sebab dia dah curang. tapi sebenar nya DO HOON dah tau cerita sebenar sebab SU JIN kantoi masa cerita kat kat kawan baik dia dan DO HOON tau. DO HOON pun cakap " awak tak payah nak try hard untuk cerai sebab satu masa yang tepat nanti saya akan ceraikan awak "

SU JIN buat plan lagi cara nak DO HOON setuju untuk cerai. SU JIN menyamar jadi orang lain untuk pikat suami dia sendiri sebab suami dia memang tak pernah curang atau ada perempuan lain. takkan jadi kalau upah orang lain untuk suami dia curang. SU JIN make up ubah muka dan goda laki dia. awalnya DO HOON tak minat pun. tapi lepas dapat taw perempuan tu SU JIN, DO HOON layan baik sangat macam bercinta. dating, tengok wayang, gayut malam. pada masa sama SU JIN ni marah sedih laa sebab suami dia curang walau pun dia sendiri yang berlakon jadi scandal laki dia. ada satu malam SU JIN menyamar ni tidur dengan DO HOON sebab DO HOON yang nak.

lepas tu DOO HOON setuju untuk cerai. DO HOON serah kan semua harta dia termasuk rumah, insurance and insentif gaji. then SU JIN pregnant. SU JIN inform DO HOON. tapi DO HOON buat buat marah dan cakap tak nak tanggungjawab. padahal lepas jumpa SU JIN dia nangis teruk. sedih nyaaaaaaaa... 

lepas tu DO HOON and SO JIN lost contact. SO JIN besarkan anak sorang2. tapi sebenar nya DO HOON tengok je SO JIN dan anak dia dari jauh. part ni sedih sangat. ainaa start nangis lepas tau DO HOON ada alheimer. sebab dia buat buat konon nya dia jahat. sebenar nya dia tamo susahkan orang pasal penyakit dia. dia sembunyi kan sungguh2 dari SU JIN. sampai 5 tahun kemudian dorang jumpa balik.

selama 5 tahun tu DO HOON buat rumah yang dorang rancang untuk duduk bila ada anak. dia prepare semua untuk bini and anak dia sebab taw nanti dia akan lupa semuanya. sebenar nya DO HOON ni kaya. ada bangunan dan syarikat sendiri. tanpa pengetahuan SU JIN, DO HOON serah semua harta kat anak and bini dia dan rancang nak duk kat pusat jagaan sampai akhir hayat.

sampai laa SU JIN dapat tau pasal penyakit DO HOON. SU JIN terkejut sampat berkurung dalam rumah beberapa hari pastu masuk hospital sebab lemah sangat. dia tak boleh terima kenapa selama ni dia je yang happy. DO HOON menderita. SU JIN berhenti kerja nak jaga DO HOON. start part ni laa banyak pasal penyakit alzhimer. nak tahu kena tengok sendiri sebab kalau taip 10 page pun tak cukup. semua nya sedih. confirm leleh sampai bengkak mata. Cerita ni takde happy ending DO HOON sembuh yea..  Dia lupa semuanya tapi feel tetap ada bila tengok bini and anak.  Ainaa nangis sampai habis cerita ni.




No comments: