Monday 23 November 2015

Sentuh

Asslamualaikum..

Terpanggil aku nak luah perasaan yang aku sendiri tak tahu nak luah dekat siapa. 

Tadi. Aku terpikir. Sudah pukul 1.14 am. Esok class aku pukul 8am. Tertiba terdetik apa jadi kat syria. Aku ni sedap sedang sejuk kan badan sebelum pakai krim malam untuk tidur. Tapi disana.. 

SubhanAllah.. bayang kan. Mereka dalam ketakutan. Ya Allah.. ingat lagi masa kelantan dilanda bah besar. Di kuala krai.. penduduk duduk tingkat teratas sekolah. Aku di rumah. Masih lagi di beri nikmat tidur dalam penghawa dingin.. Allah..

Sesungguh nya aku bersyukur. Tapi jauh di sudut hati. Allah tidak pilih aku untuk jadi insan yang teruji. Allah maha besar. 

Sejujur nya. Aku takut akan alam kekal. Sangat takut. Apa nasib aku. Aku rasa terlalu senang dengan nikmat dunia. Subhanallah. Macam ustaz cakap. "Kejarlah akhirat tanpa meninggal kan dunia. "

Aku tahu aku terlebih kejar dunia. Suruhan nya. Yang wajib pun belum sempurna. Aku teringan rapat dengan Allah. Nak sangat. Hidayah tidak datang lagi. Aku harap. One fine day. 

Dunia dah terlalu tua. Aku tak pasti sempat atau tidak merasa nikmat insan untuk aku sebagai perempuan mengumpul pahala dan saham akhirat untuk berhikmat seorang yang begelar suami. Sejujur nya hati masih tidak terpikir langsung ke arah itu. Tapi jauh sudut nya aku teringin. Tapi aku tidak mencari memberi menerima dan mencuba. Aku tahu. Allah ada mengatur sesuatu yang lebih indah untuk aku. Semua dengan izin nya.. 


Monday 10 August 2015

3rd month braces

Assalamulaikum..

Kali ni lambat sikit update. Ni pun puas paksa diri update sebabnya nak tengok prograss braces. Nnt terlepas kang rasa rugi pula. 

Balik cuti hari raya aidilfitri hari itu pergi cheak up braces. Punya la lama delay cheak up. Sampai dokter kata getah braces sudah reput. Bayangkan. Malu saja dengan dokter. Kali ni pergi cheak up dengan dokter lelaki. Dokter zain. Kerja kasar tetapi cepat. Kekemasa pun boleh laa... okey juga. 




Nampak macam ada perubahan tak? Dokter kata pergerakan lambat sebab delay cheak up. Rasa ayat ni akan dengar setiap kali cheak up. Hemmm. Nak buat macam mana. Belajar demi nusa bangsa. Chehhhh... 

Tapi hari ni kuat betul ulsernya. 1st kemungkinan sebab kurang minum air. Second nya sebab malam tidur dalam aircond. Dah la kurang minum air. Keringkan pula dalam air cond. Hemm.. terbaik la ubat ulser. Tapi ulser dengan braces memang tak boleh dipisahkan. Just terok ke tidak je. 

Maybe nanti before ke jakarta atau selepas balik dari jakarta buat cheak up lagi. Insyallah. If jadi cheak up jadual cheakup dalam landasan yang betul. Hee

Till then.. bye blog.. 

Wednesday 27 May 2015

braces second month

Assalammulaikum..

last week baru cheak up braces 2nd month. Dokter kata ada perubahan. cakap gigi dah turun sikit. Alhamdulilah. Tapi diri sendiri tak perasan pun. Tapi dokter kata agak lambat pergerakan sebab selalu delay cheak up.

Nak buat macam mana. Time call klinik je cakap dokter yang selase follow up tu takde. Banyak kali jugak la. sekali rasa fed up. Lantak la gigi nak gerak balik tempat asal. Nasib balik study week curi masa buat cheak up tuka getah dia yang memang longgar sangat dah. Alhamdulilah...



bila banding gamba nampak ada yang berubah. Tapi sendiri tengok hari hari tak perasan. Yang perasan. gigi cepat bekarat. Huuu

Till then. Bye

Saturday 18 April 2015

braces?

Assalamualaikum. Aku baru je pakai braces. 1st day okey. 2nd day jumpa dokter, dokter tegur muka tak sihat pun mata aku berair. 1st week rasa Nak cabut je braces. tak tahan. Makan semua tak selesa. Sampai sekarang pun tiap kali makan mesti kene kumur. tak kira malu dah. Asal rasa takDe bende yang tersekat kat braces. Pernah sekali p class, pagi breakfast nasi ayam Minggu lepas punya (standard la student) ada urat bawang tersekat. Dah la kat gigi belakang. Susah nak korek dengan lidah. Takde cara lain.. kene korek dengan jari juga lah. Dah la duduk depan sekali. Lecture pulak lelaki bujang. haihhh..

But day ke day maken okey. tapi susah nak maintain. Mulut cepat bau. If kat rumah, tiap kali makan insyallah akan berus gigi. if biar lama sikit memang tak selesa. 

Nak buat blog buat progress braces. Tahu tak de orang baca pun. Heee



gigi before pakai braces. Nampak jelaskan kecacatan gigi.


1st month pakai. Rasa macam gigi atas tu dah begerak sikit sebabnya gigi makin kedalam. 

Dokter jangka dua tahun setengah pakai braces ni. hope tak nak la pakai sampai atas pelamin nanti.. huu

Pasal harga. Masa mula2 pakai kene bayar rm1500.. Tanya kawan kebanyakan nya memang Harga around that. Then kene datang klinik 4 hingga 6 week untuk maintainan. Masa tu kena bayar rm100 ke rm200. Thanks kat mama sebab sponser braces ainaa. 

Love u.. tapi if mama tak sponser pun ainaa still love u very muck okey.. muahh

Till then.. bye ~