Thursday 26 September 2019

Preview : THE WIND BLOWS korean drama ( SPOILER )

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


Drama ni cerita pasal kesedaran penyakit ALZHEIMER. before ni ainaa pun tak tau detail pasal alzheimer. ingat macam simple pelupa. rupanya tak okay. sangat serius sampai macam tak waras bila lupa semua. paling teruk kesan kat family yang ada ahli keluarga sakit alzhimer. elok sangat yang buat drama ni buat orang taw pasal penyakit ni. 

THE WIND BLOWS cerita sepasang husband ( KWON DO HOON ) and wife ( LEE SU JIN ). masa bercinta dorang memang berangan dah nak ada anak lepas tu nak ada rumah yang ada laman untuk besarkan anak. bila dah lama khawin SU JIN nak anak tapi DO DOON taknak dengan alasan kena guna duit banyak. lepas tu kerja pun jadi tergendala, macam macam lagi laa alasan dia. masa ni rasa benci sangat ngan laki dia ni. pesal pulak tak nak anak. alasan pulak tak munasabah sebab laki bini ni banyak duit dengan kerja stable.

macam macam bini dia ugut untuk dapat kan anak. last sekali ugut nak mintak cerai. tapi laki dia taknak lepaskan. satu hari SU JIN dating dengan lelaki lain and bagitahu laki dia. marah la DO HOON. DO HOON ikut sampai SU JIN masuk lift apartment lelaki tu. sebenar nya apartment tu tempat kawan baik SU JIN duduk. lelaki tu hantar sampai depan pintu rumah tu. DO HOON terus jadi blank. jalan tengah jalan raya, nasib tak kena langgar je. 

lepas tu la baru cerita ni tunjuk kenapa DO HOON tak nak anak. YA Allah. start taw ni ainaa cry hard. sedih sangat bila taw rupa nya DO HOON ada ALZHEIMER. sebenar nya dia nak sangat anak. tapi dia takut bini dia susah nak besar kan anak dengan dia akan lupa kan semua sebab ALZHEIMER. dia sorokkan dari SU JIN. SU JIN mintak cerai sebab dia dah curang. tapi sebenar nya DO HOON dah tau cerita sebenar sebab SU JIN kantoi masa cerita kat kat kawan baik dia dan DO HOON tau. DO HOON pun cakap " awak tak payah nak try hard untuk cerai sebab satu masa yang tepat nanti saya akan ceraikan awak "

SU JIN buat plan lagi cara nak DO HOON setuju untuk cerai. SU JIN menyamar jadi orang lain untuk pikat suami dia sendiri sebab suami dia memang tak pernah curang atau ada perempuan lain. takkan jadi kalau upah orang lain untuk suami dia curang. SU JIN make up ubah muka dan goda laki dia. awalnya DO HOON tak minat pun. tapi lepas dapat taw perempuan tu SU JIN, DO HOON layan baik sangat macam bercinta. dating, tengok wayang, gayut malam. pada masa sama SU JIN ni marah sedih laa sebab suami dia curang walau pun dia sendiri yang berlakon jadi scandal laki dia. ada satu malam SU JIN menyamar ni tidur dengan DO HOON sebab DO HOON yang nak.

lepas tu DOO HOON setuju untuk cerai. DO HOON serah kan semua harta dia termasuk rumah, insurance and insentif gaji. then SU JIN pregnant. SU JIN inform DO HOON. tapi DO HOON buat buat marah dan cakap tak nak tanggungjawab. padahal lepas jumpa SU JIN dia nangis teruk. sedih nyaaaaaaaa... 

lepas tu DO HOON and SO JIN lost contact. SO JIN besarkan anak sorang2. tapi sebenar nya DO HOON tengok je SO JIN dan anak dia dari jauh. part ni sedih sangat. ainaa start nangis lepas tau DO HOON ada alheimer. sebab dia buat buat konon nya dia jahat. sebenar nya dia tamo susahkan orang pasal penyakit dia. dia sembunyi kan sungguh2 dari SU JIN. sampai 5 tahun kemudian dorang jumpa balik.

selama 5 tahun tu DO HOON buat rumah yang dorang rancang untuk duduk bila ada anak. dia prepare semua untuk bini and anak dia sebab taw nanti dia akan lupa semuanya. sebenar nya DO HOON ni kaya. ada bangunan dan syarikat sendiri. tanpa pengetahuan SU JIN, DO HOON serah semua harta kat anak and bini dia dan rancang nak duk kat pusat jagaan sampai akhir hayat.

sampai laa SU JIN dapat tau pasal penyakit DO HOON. SU JIN terkejut sampat berkurung dalam rumah beberapa hari pastu masuk hospital sebab lemah sangat. dia tak boleh terima kenapa selama ni dia je yang happy. DO HOON menderita. SU JIN berhenti kerja nak jaga DO HOON. start part ni laa banyak pasal penyakit alzhimer. nak tahu kena tengok sendiri sebab kalau taip 10 page pun tak cukup. semua nya sedih. confirm leleh sampai bengkak mata. Cerita ni takde happy ending DO HOON sembuh yea..  Dia lupa semuanya tapi feel tetap ada bila tengok bini and anak.  Ainaa nangis sampai habis cerita ni.




Tuesday 24 September 2019

Aku ke Ainaa?

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Post yang sebelum ni ainaa bahasakan diri AKU. Bila ainaa baca balik " this is not ME " . kenapa entah rasa kasar bila bahasa diri aku. Selalu nya ainaa bahasa kan diri aku dengan kawan lelaki sebaya or tua sikit. Yang muda sikit ainaa bahasa kan diri kak ainaa. Kalau dengan kawan perempuan yang jenis brutal bahasa kan diri aku ainaa still bahasakan diri ainaa jugak. Susah laaa.. haha..Masih mencari identiti sebenar nya. Senang terpengaruh. 

dunia ainaa sekarang ni kecik sangat. abah, mama, kucing. kecik sangat tapi besar bagi ainaa. hidup dengan ibu bapa ni bukan senang macam orang tengok. " best laa duduk dengan mak ayah. berjalan, nak apa dapat, mewah" tu semua orang nampak. yang sebenar nya dugaan besar kat ainaa.

dugaan sebab ainaa ada kat comfort zone. bersyukur segala nya. Alhamdulilah. tapi comfort zone buat ainaa tak tenang. ainaa macam tak bergerak. still je kat sini. banyak benda ainaa kena ubah. salah satu nya ainaa kena letak tekanan kat diri sendiri sebab kalau dari luar hampir tak ada. 

so ainaa nak ajak. mari la besama ainaa. paling terdekat ni ainaa nak try jaga makan. nak tengok detail pasal berat badan semua ainaa update kat ig ainaamustslim . tapi ig ni ainaa publickan bila ainaa dapat berat badan ideal. yang kedua ainaa nak try mengaji lancar dengan tajwid yang betul. sekarang ainaa just tahu panjang dan pendek. selebih nya ainaa tak pandai. 

Bila nak ubah suatu kebiasaan tu susah sebenarnya. kena lawan semua alasan, nafsu, masa dalam pada sama sorokkan dari orang sekeliling. kat blog ni ainaa berani la. sebab tau takkan ada orang baca. kalau ada orang baca pun time dah keluar result. 

semoga urusan ainaa dan semua yang berubah kerah kebaikan di mudahkan ALLAH SWT. 



Sunday 22 September 2019

Preview : PERFUME korean drama ( SPOILER )

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


Sekarang tengah layan korean drama perfume. kdrama jondral romantik fantasi ni memang makanan ainaa. nak preview perfume spoiler sebab ainaa akan cerita agak detail pasal cerita ni. paham bukan semua suka layan kdrama. lagi lagi yang romantik camni. ainaa je pelik sikit. Lagi pun cerita ni pasal body shimming. like sangat. dekat di hati gittew. sesuai sangat dengan ainaa yang gemmmm ni.



cerita ni pasal sorang perempuan dah khawin dan ada sorang anak( MIN JEE HEE ). masa kat kolej, MIN JEE HEE pregnant dan terus khawin dengan boyfriend dia ( KIM TEA JOON ). MIN JEE HEE  lupa kan cita cita nak jadi model. lepas tu badan dia maken gemuk sebab duk rumah uruskan anak dan suami. ada satu masa suami dia ada perempuan dan dia nak bunuh diri. pastu ada satu pak cik entah dari mana datang selamat kan and bagi PERFUME. bila pakai perfume ni MIN JEE HEE jadi lawa muda balik macam kat kolej dulu.


MIN JEEHEE lari rumah tinggalkan anak suami. sampai kat satu butik dia nampak dress lawa pastu nak try pakai. tengok harga terkejut mahal sangat. marah MIN JEEHEE kat kaunter main tarik tarik baju tu koyak laa dress. MIN JEE HEE terpaksa beli. sambil buat transaksi installment kat kaunter setiausaha SEO YI DO( hero ) ternampak MIN JEEHEE cantik yang kebetulan nak cari model ganti sebab salah sorang model tak dapat datang masa event fashion. haaaaa kat sini laa JEE HEE  dengan YI DO jumpa. dah kurus JEE HEE ni tukar nama MIN YEE RIN.




kat fashion show boleh pulak JEE HEE tertidur kat pentas runway. terus YI DO Jadi annoying tak nak ambik JEE HEE Jadi model dah. macam macam cara JEE HEE buat nak pujuk YI DO ambik dia jadi model. pastu YIDO bagi syarat, kalau nak jadi model kena bersih kan rumah dia yang dah berapa tahun tak duduk. perfect JEE HEE bersih kan. satu habuk pun takde. JEE HEE bekas suri rumah. bersih rumah ni memang makanan dia laa. pastu YI DO yang dok hotel pun pindah balik rumah dia. JEE HEE jadi orang gaji kat rumah tu.


sementara tu JEE HEE jadi model kat syarikat YI DO. lama lama YI DO dengan JEE HEE fall in love. tapi YI DO no confius sebab muka JEE HEE ni sama dengan first love masa kecil. YI DO setia dari kecil cinta kan first love dia. haaaaa ni part best. MIN JEE HEE laaa first love YI DO. masa kecik JEE HEE pernah selamat kan YI DO lemas.


YI DO still tak tahu YEE RIN tu JEE HEE ni first love dia. YEE RIN confess suka kat YI DO, tapi YI DO tolak sebab dia still cinta kan first love. frust YEE RIN sampai laa satu masa dia dapat tahu first love YI DO tu JEE HEE. diri dia sendiri. masa yang sama YI DO terjumpa JEE HEE masa JEE HEE jadi gemuk. YI DO kenal sangat JEE HEE ni tak kira rupa dia macam mana pun. YI DO ajak JEE HEE jumpa and terus confess. JEE HEE tolak sebab dia sedar diri dan tak nak kecewakan YI DO kalau dia mati lepas PERFUME dia habis. frust laaa YI DO. nangis macam hapa tak henti henti. lepas macam macam jadi kantoi laa YEE RIN  ni sebenarnya JEE HEE. happy YI DO tapi sebab PERFUME dah habis HEE JEE hilang macam tu je. kesian YI DO. tapi last JEE HEE muncul balik lepas berapa tahun then happy ever after.






adoi habis jugak cerita. letih sebenar nya nak susun ayat bagi orang paham. ainaa nak buat ni as latihan untuk buat caption kat instagram. citer ni banyak lagi watak lain. kena tengok laa sendiri. yang simple camni pun tiga hari ainaa type walau pun ayat still macam keling. paham alhamdulilah. tak paham sudah.


sebenar nya ainaa cerita panjang berjela ni sebab nak cakap pasal pengajaran dalam citer ni. benda paling besar ainaa nampak bila kita kurus banyak peluang and orang sayang. kalau gemuk semua orang malu nak dekat. nak ngaku bini malu. nak ngaku ibu pun malu. betul sangat sebenar nya. confident low sangat bila gemuk. sama macam real life ainaa. ainaa teringin nak jadi anak yang cantik. kakak and adik yang kurus. ada satu ayat kat dalam cerita ni paling terkesan kat ainaa. " saya tak salah kan YI DO dah tak cinta kan saya sebab saya berubah jadi gemuk dan buruk.".


betul sangat. ainaa jadi gemok ni sebab salah diri sendri. tak sayang diri. makan tak ingat dunia. exercise jarang. sebab tu ainaa tak pernah terasa hati orang body shimming kan ainaa. sebab memang betul pun. langsung tak rasa bila orang kata " ainaa gemuk pun comel, cantek, ainaa tinggi takpe gemuk". tu semua orang yang tak rapat dengan ainaa. yang rapat semua tanya ainaa bila nak kurus.


ainaa baru nak start diet balik. diet yang sihat dan panjang kurus nya. ainaa sebenar nya pernah kurus beberapa kali. tapi semua tak tahan lama. kali ni demi kesihatan ainaa. badan ALLAH swt bagi ni ainaa kena bersungguh kena kurus. insyallah ainaa update kat blog ni pasal journey kurus. tapi tak selalu laaa. tiga bulan sekali maybe. doa kan taw semoga ainaa kurus dan lagi dekat dengan ALLAHswt..



kesian mama anak dia tak kurus kurus 





Thursday 12 September 2019

i am BACK !

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

lama tak buat post.. so kali ni aku malas nak cover cover.. nak jadi diri sendri je.. letih taw hipoikrit.. nak ayu ayu gittchu.. tapi takde laa sampai meng aibkan.. kalau ter aib jugak ambik laa pengajaran okey? boleh? hehe..

memandangkan sekarang aku banyak masa terluang.. aku nak buat blog ni tempat aku share anything yang rasa bermanfaat and tak bermanfaat.. yang tak manfaat tu ambik pengajaran.. haihh berapa kali nak ulang.. pikir sendri laa.. dah besar kan masing masing.. ahhaaha

so sekarang aku dah habis study.. baking and berbusiness dari rumah.. samping tu aku cari jugak kerja.. susah sebab nak duk bawah tiak mak tak nak keluar negeri.. peluang kerja terhad.. ada tu macam kena kerja tengah malam big no laa bro.. sis girl.. kalau keluar malam balik lambat bapak aku tak tido sampai aku balik.. kalau kerja bayang laa.. tak kan hari2 bapak aku nak tido lambat.. kesian.. sejenis risau apakebenda ntah.. Allah kan ada.. kalau aku menjawab mula laa cakap  " kalau ainaa ada anak nanti ainaa taw laa" k bitter..

nanti aku ready kan content.. harap rajin laa update.. istiqamah 2 3 kali ke sebulan.. doa kan taw..