Friday, 29 January 2016

Bayang ; Terbayang : Bayangan

assalamulaikum...

cehhh.. tengok la tajuk tak boleh blah.. pagi tadi bangun pukul 6 pagi. buat sandwich salad. peluh lecun, lepas mandi pun peluh. memang panas shah alam hari ni. so tadi pukul 8 pagi ada event kene attend kat kolej. memang rasa tak selesa. nak balik sebab berpeluh. so sekarang dah mandi untuk kali ke 2 and siap basuh baju.

tadi masa on the way nak naik lift. ternampak peti ais and kompresser dia..then terdetik. mesti panas dalam cafe ni sebab tak ada air cond.  terus terpikir peti ais kat rumah. rumah aku peti ais dalam rumah juga, tapi tak panas pun. terdetik lagi kaki kaki yang lalu dekat dengan peti tu. semua orang orang aku sayang. especially abah mama.

terbayang lagi. mama abah have everything in their life dalam dunia ni. apa lagi nak di cari atau nak dicapai. terdetik. selagi hidup. benda utama mengumpul pahala atau amalan untuk alam kekal akhirat. aku terus terbayang. patut la rumah aku tak panas. maybe sebab orang yang duduk dalam rumah tu mengamalkan amalam baik baik. 

terbayang pulak pasal diri sendiri. asyik dengan dunia je. kejar siap kan assignment nak kena submit petang ni. rasa jauh je dengan maha Pencipta. yang wajib pun belum sempurna. dengan bacaan. dengan selalu tekejar2 solat. apatah lagi yang sunat. Ya Allah. hidayah milik Allah. hari tu ustaz suhairi ada cakap. Taqwa tu peringkat tertinggi di sisi Allah. teringin. 

 

Sunday, 3 January 2016

2015 Braces

Assalamulaikum....


Dah agak dah memang tak istiqamah pun nak update tiap bulan braces dalam blog. Tu pun nasib baik teringat nak ambik gambar perkembangan gigi. Tengok la title. 2015 braces. Sebenarnya dah lupa berapa lama pakai braces..



Actually ada beberapa kali skip bulan p cheak up sebab tak balik cuti. Cuti kejap kejap memang tak baloi nak balik.. kesian pulak kat abah. Tanggung kos. Huu... hari tu pulak ada 2 kali tak tukar getah braces sebab still tertarik pergerakkan nya. Tapi tak pe.. ainaa suka colur nya.. biru kuning.. teheee...








Rasa pakai colur ni nak dekat tiga bulan juga. Ada sekali tu p cheak up rasa kecewe je bayar mahal tapi tak tukar getah.. boring dengan colur ni punya pasal.. haha.. 

Nampak tak perubahan? Macam tak ade kan.. tapi nak dibandingkan dengan dulu memang banyak la turunnya gigi. So last month p cheak up.. tukar getah lain. Yang untuk rapat kan gigi. Apa gigi tak cukup rapat ke? Makan daging tak pernah tak lekat.. grrr.. 





Ni la yang paling seksa. Sudah dah buat masa hari ke dua cuti kat rumah. Keesokkan p rantau panjang pulak.. sekse jugak la tahan sakit.. sakit nak gigit.. makan roti pun rasa macam kunyah batu.. sampai sekarang still rasa.. dokter kata dalam 4 hari je sakit. Ni hape.. huuuu.. tak pe laa.. nak dapat kan gigi macam orang lain..

Hari ni rasa macam nak enterprem.. selalu takda pun upload gambar nampak gigi.. sebab memang buruk selfie nampak gigi.. rasa sebab mata jenis sembap. Senyum sikit hilang dah mata. 


Letih betul update blog dalam tablet ni.. macam macam kene setting lepas set picture.. geram.. tak mesra pengguna langsung. Haaa.. hambik.. kan hakak dah marah.. haha.. okey okey.. kita bagi pict sopan sikit.. pict bawah ni memang gelak betul betul sebab abah kata if camera tu boleh cakap mesti dia kata letih sebab tak stop kerja ambik gamba je. Satu kereta gelak.. haha.. 

Jumpe lagi nanti blog syok sendiri.. haha.. nah gambar.. 





Monday, 23 November 2015

Sentuh

Asslamualaikum..

Terpanggil aku nak luah perasaan yang aku sendiri tak tahu nak luah dekat siapa. 

Tadi. Aku terpikir. Sudah pukul 1.14 am. Esok class aku pukul 8am. Tertiba terdetik apa jadi kat syria. Aku ni sedap sedang sejuk kan badan sebelum pakai krim malam untuk tidur. Tapi disana.. 

SubhanAllah.. bayang kan. Mereka dalam ketakutan. Ya Allah.. ingat lagi masa kelantan dilanda bah besar. Di kuala krai.. penduduk duduk tingkat teratas sekolah. Aku di rumah. Masih lagi di beri nikmat tidur dalam penghawa dingin.. Allah..

Sesungguh nya aku bersyukur. Tapi jauh di sudut hati. Allah tidak pilih aku untuk jadi insan yang teruji. Allah maha besar. 

Sejujur nya. Aku takut akan alam kekal. Sangat takut. Apa nasib aku. Aku rasa terlalu senang dengan nikmat dunia. Subhanallah. Macam ustaz cakap. "Kejarlah akhirat tanpa meninggal kan dunia. "

Aku tahu aku terlebih kejar dunia. Suruhan nya. Yang wajib pun belum sempurna. Aku teringan rapat dengan Allah. Nak sangat. Hidayah tidak datang lagi. Aku harap. One fine day. 

Dunia dah terlalu tua. Aku tak pasti sempat atau tidak merasa nikmat insan untuk aku sebagai perempuan mengumpul pahala dan saham akhirat untuk berhikmat seorang yang begelar suami. Sejujur nya hati masih tidak terpikir langsung ke arah itu. Tapi jauh sudut nya aku teringin. Tapi aku tidak mencari memberi menerima dan mencuba. Aku tahu. Allah ada mengatur sesuatu yang lebih indah untuk aku. Semua dengan izin nya.. 


Monday, 10 August 2015

3rd month braces

Assalamulaikum..

Kali ni lambat sikit update. Ni pun puas paksa diri update sebabnya nak tengok prograss braces. Nnt terlepas kang rasa rugi pula. 

Balik cuti hari raya aidilfitri hari itu pergi cheak up braces. Punya la lama delay cheak up. Sampai dokter kata getah braces sudah reput. Bayangkan. Malu saja dengan dokter. Kali ni pergi cheak up dengan dokter lelaki. Dokter zain. Kerja kasar tetapi cepat. Kekemasa pun boleh laa... okey juga. 




Nampak macam ada perubahan tak? Dokter kata pergerakan lambat sebab delay cheak up. Rasa ayat ni akan dengar setiap kali cheak up. Hemmm. Nak buat macam mana. Belajar demi nusa bangsa. Chehhhh... 

Tapi hari ni kuat betul ulsernya. 1st kemungkinan sebab kurang minum air. Second nya sebab malam tidur dalam aircond. Dah la kurang minum air. Keringkan pula dalam air cond. Hemm.. terbaik la ubat ulser. Tapi ulser dengan braces memang tak boleh dipisahkan. Just terok ke tidak je. 

Maybe nanti before ke jakarta atau selepas balik dari jakarta buat cheak up lagi. Insyallah. If jadi cheak up jadual cheakup dalam landasan yang betul. Hee

Till then.. bye blog..