Sunday, 22 September 2019

Preview : PERFUME korean drama ( SPOILER )

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


Sekarang tengah layan korean drama perfume. kdrama jondral romantik fantasi ni memang makanan ainaa. nak preview perfume spoiler sebab ainaa akan cerita agak detail pasal cerita ni. paham bukan semua suka layan kdrama. lagi lagi yang romantik camni. ainaa je pelik sikit. Lagi pun cerita ni pasal body shimming. like sangat. dekat di hati gittew. sesuai sangat dengan ainaa yang gemmmm ni.



cerita ni pasal sorang perempuan dah khawin dan ada sorang anak( MIN JEE HEE ). masa kat kolej, MIN JEE HEE pregnant dan terus khawin dengan boyfriend dia ( KIM TEA JOON ). MIN JEE HEE  lupa kan cita cita nak jadi model. lepas tu badan dia maken gemuk sebab duk rumah uruskan anak dan suami. ada satu masa suami dia ada perempuan dan dia nak bunuh diri. pastu ada satu pak cik entah dari mana datang selamat kan and bagi PERFUME. bila pakai perfume ni MIN JEE HEE jadi lawa muda balik macam kat kolej dulu.


MIN JEEHEE lari rumah tinggalkan anak suami. sampai kat satu butik dia nampak dress lawa pastu nak try pakai. tengok harga terkejut mahal sangat. marah MIN JEEHEE kat kaunter main tarik tarik baju tu koyak laa dress. MIN JEE HEE terpaksa beli. sambil buat transaksi installment kat kaunter setiausaha SEO YI DO( hero ) ternampak MIN JEEHEE cantik yang kebetulan nak cari model ganti sebab salah sorang model tak dapat datang masa event fashion. haaaaa kat sini laa JEE HEE  dengan YI DO jumpa. dah kurus JEE HEE ni tukar nama MIN YEE RIN.




kat fashion show boleh pulak JEE HEE tertidur kat pentas runway. terus YI DO Jadi annoying tak nak ambik JEE HEE Jadi model dah. macam macam cara JEE HEE buat nak pujuk YI DO ambik dia jadi model. pastu YIDO bagi syarat, kalau nak jadi model kena bersih kan rumah dia yang dah berapa tahun tak duduk. perfect JEE HEE bersih kan. satu habuk pun takde. JEE HEE bekas suri rumah. bersih rumah ni memang makanan dia laa. pastu YI DO yang dok hotel pun pindah balik rumah dia. JEE HEE jadi orang gaji kat rumah tu.


sementara tu JEE HEE jadi model kat syarikat YI DO. lama lama YI DO dengan JEE HEE fall in love. tapi YI DO no confius sebab muka JEE HEE ni sama dengan first love masa kecil. YI DO setia dari kecil cinta kan first love dia. haaaaa ni part best. MIN JEE HEE laaa first love YI DO. masa kecik JEE HEE pernah selamat kan YI DO lemas.


YI DO still tak tahu YEE RIN tu JEE HEE ni first love dia. YEE RIN confess suka kat YI DO, tapi YI DO tolak sebab dia still cinta kan first love. frust YEE RIN sampai laa satu masa dia dapat tahu first love YI DO tu JEE HEE. diri dia sendiri. masa yang sama YI DO terjumpa JEE HEE masa JEE HEE jadi gemuk. YI DO kenal sangat JEE HEE ni tak kira rupa dia macam mana pun. YI DO ajak JEE HEE jumpa and terus confess. JEE HEE tolak sebab dia sedar diri dan tak nak kecewakan YI DO kalau dia mati lepas PERFUME dia habis. frust laaa YI DO. nangis macam hapa tak henti henti. lepas macam macam jadi kantoi laa YEE RIN  ni sebenarnya JEE HEE. happy YI DO tapi sebab PERFUME dah habis HEE JEE hilang macam tu je. kesian YI DO. tapi last JEE HEE muncul balik lepas berapa tahun then happy ever after.






adoi habis jugak cerita. letih sebenar nya nak susun ayat bagi orang paham. ainaa nak buat ni as latihan untuk buat caption kat instagram. citer ni banyak lagi watak lain. kena tengok laa sendiri. yang simple camni pun tiga hari ainaa type walau pun ayat still macam keling. paham alhamdulilah. tak paham sudah.


sebenar nya ainaa cerita panjang berjela ni sebab nak cakap pasal pengajaran dalam citer ni. benda paling besar ainaa nampak bila kita kurus banyak peluang and orang sayang. kalau gemuk semua orang malu nak dekat. nak ngaku bini malu. nak ngaku ibu pun malu. betul sangat sebenar nya. confident low sangat bila gemuk. sama macam real life ainaa. ainaa teringin nak jadi anak yang cantik. kakak and adik yang kurus. ada satu ayat kat dalam cerita ni paling terkesan kat ainaa. " saya tak salah kan YI DO dah tak cinta kan saya sebab saya berubah jadi gemuk dan buruk.".


betul sangat. ainaa jadi gemok ni sebab salah diri sendri. tak sayang diri. makan tak ingat dunia. exercise jarang. sebab tu ainaa tak pernah terasa hati orang body shimming kan ainaa. sebab memang betul pun. langsung tak rasa bila orang kata " ainaa gemuk pun comel, cantek, ainaa tinggi takpe gemuk". tu semua orang yang tak rapat dengan ainaa. yang rapat semua tanya ainaa bila nak kurus.


ainaa baru nak start diet balik. diet yang sihat dan panjang kurus nya. ainaa sebenar nya pernah kurus beberapa kali. tapi semua tak tahan lama. kali ni demi kesihatan ainaa. badan ALLAH swt bagi ni ainaa kena bersungguh kena kurus. insyallah ainaa update kat blog ni pasal journey kurus. tapi tak selalu laaa. tiga bulan sekali maybe. doa kan taw semoga ainaa kurus dan lagi dekat dengan ALLAHswt..



kesian mama anak dia tak kurus kurus 





Thursday, 12 September 2019

i am BACK !

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

lama tak buat post.. so kali ni aku malas nak cover cover.. nak jadi diri sendri je.. letih taw hipoikrit.. nak ayu ayu gittchu.. tapi takde laa sampai meng aibkan.. kalau ter aib jugak ambik laa pengajaran okey? boleh? hehe..

memandangkan sekarang aku banyak masa terluang.. aku nak buat blog ni tempat aku share anything yang rasa bermanfaat and tak bermanfaat.. yang tak manfaat tu ambik pengajaran.. haihh berapa kali nak ulang.. pikir sendri laa.. dah besar kan masing masing.. ahhaaha

so sekarang aku dah habis study.. baking and berbusiness dari rumah.. samping tu aku cari jugak kerja.. susah sebab nak duk bawah tiak mak tak nak keluar negeri.. peluang kerja terhad.. ada tu macam kena kerja tengah malam big no laa bro.. sis girl.. kalau keluar malam balik lambat bapak aku tak tido sampai aku balik.. kalau kerja bayang laa.. tak kan hari2 bapak aku nak tido lambat.. kesian.. sejenis risau apakebenda ntah.. Allah kan ada.. kalau aku menjawab mula laa cakap  " kalau ainaa ada anak nanti ainaa taw laa" k bitter..

nanti aku ready kan content.. harap rajin laa update.. istiqamah 2 3 kali ke sebulan.. doa kan taw.. 



Tuesday, 29 March 2016

Sedih

assalamulaikum...

bila perasan balik rasa nak publish post time sedih je. sebab tak ada tempat nak luah dan di percayai.. tadi tengok pict raya lama.. ingat nak post something kat whatapp family. tapi tetima ter bukak gambar pict raya tahun 2008. subhanallah.. gemuk nya time tu..huu

tapi tetibe terbukak satu gambar.. terus sedekah al Fatihah. gambar terakhir raya dengan arwah embah. Ya Allah.. 
  ainaa harap embah dengan nenek tak sedih kat sana dengan apa yang belaku.. semua jadi bukan salah embah dengan nenek. semua dah besar dan boleh fikir sendiri apa yang buruk dan baik. ainaa doa kan embah dengan nenek ada kat tempat orang2 beriman. semua jadi mesti ada hikmah kan embah nenek. 

ainaa rindu embah dengan nenek. ainaa rindu kampung. rumah embah dengan nenek. ainaa rindu embah cubit ainaa suruh bangun tidur. ainaa rindu embah kira masa ainaa mandi ainaa rindu embah tanya ainaa nak makan apa pagi2 ainaa rindu bergurau dengan embah. dengan nenek.. ainaa rindu nak makan dengan nenek.. ainaa rindu nak tengok nenek gelak ainaa kacau nenek ainaa rindu nak tidur dengan nenek... ainaa rindu semua pasal nenek dengan embah. ainaa rindu raya dengan embah dengan nenek. 

mencurah air mata taip ni semua. Allah sayang arwah embah dengan arwah nenek. Ainaa pun sayang Arwah embah dengan nenek. Insyallah nanti kita jumpa lagi yea Embah nenek..

 

Monday, 15 February 2016

rajin pula

asslamulaikum..

dua tiga hari ni emosi senang sangat terganggu. semalam. lecun juga baju basah nanges lepas dapat tahu adik yang sangat baik kawan yang sangat baik dan sangat positif nak berhenti study. Ya Allah. sayang nya nak hilang kawan baik macam dia. insyallah ada hikmah di sebalik nya. 

minggu ini dan minggu depan final exam week. hari ni dah lepas satu paper. paper english. memang setiap kali exam ke test memang boleh jawap. tapi carry mark.. heemm.. mesti banyak la salah nya.

semalam ada makan ayam goreng kedai mamak. then tulang sum sum lekat kat braces. tercabut braces. hari ni rasa sakit kat gigi tu. tak sabar nak balik rumah cheak up braces. esok dengan azam nak study seharian tanpa laptop. insyallah. tengok mood camna esok. satu hari nak study kat library. syukur sangat ustaz bagi tip untuk paper tamadun asia. rasa satu beban atas bahu ni ringgan siket. 

takut sangat dengan paper french and purchasing. sangat killer. semoga lulus kesemua paper. memang sem ni tak target tinggi. actually setiap sem pun tak target. tapi macam boleh jangka result nya. tapi sem ni memang kabur sangat. tak nak sangat repeat paper. habes masa habis duit.

tak semua rahsia boleh di cerita. sebenar nya banyak nak cerita. tapi rasa if simpan lagi secure. walau hatu blog ni tak ada orang berblog walking. harap tahun ni benda yang baik sahaja. dan semoga tabah segala dugaan yang akan datang. aaminn