Thursday, 12 September 2019

i am BACK !

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

lama tak buat post.. so kali ni aku malas nak cover cover.. nak jadi diri sendri je.. letih taw hipoikrit.. nak ayu ayu gittchu.. tapi takde laa sampai meng aibkan.. kalau ter aib jugak ambik laa pengajaran okey? boleh? hehe..

memandangkan sekarang aku banyak masa terluang.. aku nak buat blog ni tempat aku share anything yang rasa bermanfaat and tak bermanfaat.. yang tak manfaat tu ambik pengajaran.. haihh berapa kali nak ulang.. pikir sendri laa.. dah besar kan masing masing.. ahhaaha

so sekarang aku dah habis study.. baking and berbusiness dari rumah.. samping tu aku cari jugak kerja.. susah sebab nak duk bawah tiak mak tak nak keluar negeri.. peluang kerja terhad.. ada tu macam kena kerja tengah malam big no laa bro.. sis girl.. kalau keluar malam balik lambat bapak aku tak tido sampai aku balik.. kalau kerja bayang laa.. tak kan hari2 bapak aku nak tido lambat.. kesian.. sejenis risau apakebenda ntah.. Allah kan ada.. kalau aku menjawab mula laa cakap  " kalau ainaa ada anak nanti ainaa taw laa" k bitter..

nanti aku ready kan content.. harap rajin laa update.. istiqamah 2 3 kali ke sebulan.. doa kan taw.. 



Tuesday, 29 March 2016

Sedih

assalamulaikum...

bila perasan balik rasa nak publish post time sedih je. sebab tak ada tempat nak luah dan di percayai.. tadi tengok pict raya lama.. ingat nak post something kat whatapp family. tapi tetima ter bukak gambar pict raya tahun 2008. subhanallah.. gemuk nya time tu..huu

tapi tetibe terbukak satu gambar.. terus sedekah al Fatihah. gambar terakhir raya dengan arwah embah. Ya Allah.. 
  ainaa harap embah dengan nenek tak sedih kat sana dengan apa yang belaku.. semua jadi bukan salah embah dengan nenek. semua dah besar dan boleh fikir sendiri apa yang buruk dan baik. ainaa doa kan embah dengan nenek ada kat tempat orang2 beriman. semua jadi mesti ada hikmah kan embah nenek. 

ainaa rindu embah dengan nenek. ainaa rindu kampung. rumah embah dengan nenek. ainaa rindu embah cubit ainaa suruh bangun tidur. ainaa rindu embah kira masa ainaa mandi ainaa rindu embah tanya ainaa nak makan apa pagi2 ainaa rindu bergurau dengan embah. dengan nenek.. ainaa rindu nak makan dengan nenek.. ainaa rindu nak tengok nenek gelak ainaa kacau nenek ainaa rindu nak tidur dengan nenek... ainaa rindu semua pasal nenek dengan embah. ainaa rindu raya dengan embah dengan nenek. 

mencurah air mata taip ni semua. Allah sayang arwah embah dengan arwah nenek. Ainaa pun sayang Arwah embah dengan nenek. Insyallah nanti kita jumpa lagi yea Embah nenek..

 

Monday, 15 February 2016

rajin pula

asslamulaikum..

dua tiga hari ni emosi senang sangat terganggu. semalam. lecun juga baju basah nanges lepas dapat tahu adik yang sangat baik kawan yang sangat baik dan sangat positif nak berhenti study. Ya Allah. sayang nya nak hilang kawan baik macam dia. insyallah ada hikmah di sebalik nya. 

minggu ini dan minggu depan final exam week. hari ni dah lepas satu paper. paper english. memang setiap kali exam ke test memang boleh jawap. tapi carry mark.. heemm.. mesti banyak la salah nya.

semalam ada makan ayam goreng kedai mamak. then tulang sum sum lekat kat braces. tercabut braces. hari ni rasa sakit kat gigi tu. tak sabar nak balik rumah cheak up braces. esok dengan azam nak study seharian tanpa laptop. insyallah. tengok mood camna esok. satu hari nak study kat library. syukur sangat ustaz bagi tip untuk paper tamadun asia. rasa satu beban atas bahu ni ringgan siket. 

takut sangat dengan paper french and purchasing. sangat killer. semoga lulus kesemua paper. memang sem ni tak target tinggi. actually setiap sem pun tak target. tapi macam boleh jangka result nya. tapi sem ni memang kabur sangat. tak nak sangat repeat paper. habes masa habis duit.

tak semua rahsia boleh di cerita. sebenar nya banyak nak cerita. tapi rasa if simpan lagi secure. walau hatu blog ni tak ada orang berblog walking. harap tahun ni benda yang baik sahaja. dan semoga tabah segala dugaan yang akan datang. aaminn

 

Friday, 29 January 2016

Bayang ; Terbayang : Bayangan

assalamulaikum...

cehhh.. tengok la tajuk tak boleh blah.. pagi tadi bangun pukul 6 pagi. buat sandwich salad. peluh lecun, lepas mandi pun peluh. memang panas shah alam hari ni. so tadi pukul 8 pagi ada event kene attend kat kolej. memang rasa tak selesa. nak balik sebab berpeluh. so sekarang dah mandi untuk kali ke 2 and siap basuh baju.

tadi masa on the way nak naik lift. ternampak peti ais and kompresser dia..then terdetik. mesti panas dalam cafe ni sebab tak ada air cond.  terus terpikir peti ais kat rumah. rumah aku peti ais dalam rumah juga, tapi tak panas pun. terdetik lagi kaki kaki yang lalu dekat dengan peti tu. semua orang orang aku sayang. especially abah mama.

terbayang lagi. mama abah have everything in their life dalam dunia ni. apa lagi nak di cari atau nak dicapai. terdetik. selagi hidup. benda utama mengumpul pahala atau amalan untuk alam kekal akhirat. aku terus terbayang. patut la rumah aku tak panas. maybe sebab orang yang duduk dalam rumah tu mengamalkan amalam baik baik. 

terbayang pulak pasal diri sendiri. asyik dengan dunia je. kejar siap kan assignment nak kena submit petang ni. rasa jauh je dengan maha Pencipta. yang wajib pun belum sempurna. dengan bacaan. dengan selalu tekejar2 solat. apatah lagi yang sunat. Ya Allah. hidayah milik Allah. hari tu ustaz suhairi ada cakap. Taqwa tu peringkat tertinggi di sisi Allah. teringin.